Tabir Mimpi - Mimpi Tanpa Pakaian, Mimpi Binatang, Mimpi Buaya
Mimpi Tanpa Busana *
menurut Islam:
Tanpa Pakaian: Bermimpi kehilangan sebahagian pakaiannya atau barang-barang di rumah bermakna akan hilang sebahagian hartanya. Bermimpi seolah-olah akan menanggalkan kasut bermakna anda akan berpisah dengan isteri atau pembantu anda.
*menurut Barat:
Tanpa Busana: Mimpi ini bererti keadaan yang memalukan ataupun anda berkhuatir membuat kesalahan lalu didedahkan. Jika ditangkap oleh orang lain sebelum berpakaian sepenuhnya, bermakna anda belum bersiap-siap sebagaimana mestinya.
Mimpi BINATANG
*menurut Islam:
Binatang: Bermimpi suara singa bererti takut kepada raja yang zalim, bermimpi suara kuda bermakna anda akan mendapat pemberian dari lelaki yang mulia, bermimpi suara kulit ular bererti menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya, bermimpi percakapan burung bermakna baik dan ialah satu petanda bahawa orang yang bermimpi bertambah mulia, bermimpi suara kucing menunjukkan memalukan pembantu yang pencuri.
*menurut Barat:
Binatang: Bermimpi singa bererti hal-hal berkenaan dengan keberanian, bermimpi kuda menunjukkan hal-hal berkenaan dengan kuasa, bermimpi ular menunjukkan kesuburan, bermimpi binatang liar yang berlaga bermakna pertengkaran di kalangan keluarga, percakapan burung bermakna kebahagiaan, lebah berdengung-dengung bererti baik untuk perniagaan, kucing berwarna hitam menandakan nasib baik.
*menurut Barat:
Buaya: Anda akan ditipu oleh kawan anda. Musuh akan menyerang anda. Mimpi yang memberi amaran.
Thanks for reading & sharing KUMPULAN ILMU DAN CERITA