Tabir Mimpi - Mimpi Melihat Para Rosul dan Nabi
Para Rosul
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Bermimpi melihat para nabi ada dua kemungkinan. Mungkin merupakan khabar gembira dan mungkin juga suatu peringatan. Pertama melihat hal atau keadaannya yang sebenar.
Ini menunjukkan orang yang bermimpi itu baik, sempurna, mulia dan menang dari musuh-musuhnya. Kedua, melihat nabi tidak seperti keadaannya yang sebenar.
Misalnya dia melihat nabi dalam keadaan cemberut atau masam mukanya. Ini menunjukkan buruknya keadaan orang yang bermimpi itu dan bersangatan musibah yang diterimanya tetapi akhirnya Allah melapangkannya. Kalau dia bermimpi melihat seolaholah dia membunuh nabi, itu menunjukkan bahawa dia tidak menunaikan amanah menyalahi janji."
Thanks for reading & sharing KUMPULAN ILMU DAN CERITA