Tabir Mimpi - Arti mimpi Melihat TABIIN dan Sahabat Nabi
melihat SAHABAT DAN TABIIN
Sesiapa yang melihat salah seorang dari mereka atau sekalian mereka dalam keadaan hidup, maka melihat itu dikira kuat agamanya. Ini juga menunjukkan bahawa yang bermimpi itu akan memperoleh ketinggian dan kemuliaan. Kalau ada orang yang melihat seolah-olah dia termasuk sahabat atau tabiin, maka dia akan menghadapi kesusahan, tetapi akhirnya mendapat kelapangan. Kalau selalu melihat mereka, maka akan lapang kehidupan.
Mimpi SINGA
*menurut Islam:
Suara singa: mendengar suara singa bererti takut kepada raja yang zalim.
*menurut Barat:
Singa: bermimpi singa bererti anda berkuasa besar, kalau anda menewaskan singa itu, anda akan menang, kalau ditewaskan oleh singa, maka anda akan mudah dikecam oleh serangan musuh.
Suara singa: mendengar suara singa bererti kemajuan tidak di sangka-sangka dan populariti dengan kaum wanita.
Mimpi TERBANG
*menurut Barat:
Terbang: Bermakna kejayaan, pencapaian dan prestasi. Menggambarkan harapan, hasrat dan citacita anda.
Mimpi TERPERANGKAP
*menurut Barat:
Terperangkap: Mimpi ini mengucapkan kehampaan dan kekecewaan anda dan kehilangan kuasa. Terperangkap di terowong atau tempat gelap lain bermakna anda kekurangan maklumat yang sangat penting, jika anda melihat jalan keluar atau sinaran, maka masalah anda akan dipecahkan.
Thanks for reading & sharing KUMPULAN ILMU DAN CERITA